Wednesday 28 August 2013

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)


Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian

Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis

Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan

- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan

Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.


(sumber : Google)



Mama amni



JAUNDIS...



 IBU MENGANDUNG DIGALAKKAN:

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.


4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.


7)Memakan sengkuang cina

8) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

 
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut. Jangan banyak - banyak.. panas.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Pasang lampu bilik atau ruang tamu 24jam..

5) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)


6) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Kita sebagai manusia hanya berusaha,Semoga ALLAH memudahkan urusan kita.


 Selain itu,

1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan pil yang diberi oleh doktor. Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.

2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.

3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).

4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.

5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.



Mama amni

24 jam kitaran maut

Disebabkan cetek pengetahuan mengenai nama dan jenis penyakit sebilangan ibu bapa terpaksa menerima padah apabila bayi yang tidak tahu melahirkan rasa sakit tiba-tiba maut hanya dalam tempoh 24 jam.
  Nama penyakit meningokokal, memang agak asing dan jarang didengar. Bagaimanapun natijah penyakit ini begitu cepat meragut nyawa penderita terutama kanak-kanak yang begitu kurang daya ketahanan diri terhadap penyakit.

Apa itu meningokokal? Ia adalah jangkitan pada membran yang menyelaputi otak dan tulang belakang dan spesis (sejenis jangkitan saluran darah).
  Jangkitan penyakit ini juga boleh berlaku kepada sesiapa saja kerana ia mudah tersebar di kawasan yang sesak dan berhabuk.
  Sekiranya anda atau anak ditumbuhi ruam sewajarnya berwaspada kerana itu adalah antara gejala awal dan mudah sebagai petunjuk menghidapi meningokokal, sekiranya lewat dirawat ia berkemungkinan boleh meragut nyawa.
  Katanya, untuk mengenal pasti ruam itu berbahaya atau sebaliknya ialah dengan mengambil segelas air kosong dan letakkan pada bahagian ruam seperti lengan, kemudian perhatikan, jika ruam bersifat rata saja ia mungkin ruam biasa.
  Jika ruam timbul jangan berlengah kerana antara gejala penyakit berbahaya ini. Kini keperluan vaksin perlu bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga untuk mengelak berjangkit kepada orang lain.
 Kenal pasti ruam

Dr Musa berkata, ibu bapa perlu memastikan anak menikmati kehidupan yang bebas daripada sebarang gejala penyakit itu untuk mengelak risiko lebih berbahaya.

Ini kerana sistem ketahanan badan bayi masih rendah dan tidak tahu bagaimana menunjukkan kesakitan sebaliknya hanya boleh dikesan oleh ibu bapa mereka.

Paling menggerunkan, hampir setiap orang termasuk mereka yang sihat berisiko menghidapinya kerana bakteria ini mudah tersebar melalui udara apatah lagi mudah hadir dalam persekitaran sesak. Oleh itu, bagi mengelak dijangkiti, seseorang individu mestilah dilindungi dengan suntikan vaksin bagi membina antibodi yang kukuh, katanya.

Mengulas lanjut, katanya, malah meningitis meningokokal boleh menyebabkan kerosakan otak yang teruk dan mengakibatkan kematian jika ia tidak dirawat segera. Walaupun penyakit didiagnosis awal dan rawatan sepatutnya sudah dimulakan.

24 jam kitaran maut

Penyakit ini mudah untuk dijangkiti kerana bakteria boleh tersebar melalui udara atau sentuhan secara langsung dengan penghidapnya. Meningitis mudah berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Melalui salur pernafasan ia memasuki saluran darah dan akan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan akan terus ke otak seterusnya akan menyebabkan berlakunya meningitis.

Tempoh pengeraman bakteria ini secara puratanya selama empat hari tetapi boleh berkisar antara dua hingga 10 hari. Oleh itu, gunakan masa yang ada dengan menjalankan rawatan dan diagnosis.

Penyakit ini boleh membawa maut hanya dalam masa 24 jam. Namun begitu, dalam masa enam jam pertama, gejala awal penyakit ini tidak begitu spesifik cuma akan mengalami demam, muntah, hilang selera makan, kurang penyusuan (bagi bayi), sakit kepala, sakit tekak dan gelisah atau cepat marah.

Gejala awal itu agak sukar untuk mengesan penyakit ini kerana tandanya hampir sama dengan penyakit lain.

Selepas 13 hingga 15 jam akan berlaku ruam berdarah, sakit leher dan rasa tegang. Situasi itu dipanggil gejala klasik.

Jika dalam tempoh 16 hingga 22 jam pula ia digelar gejala lewat dan pada tahap itu mangsa menghampiri kepada maut yang sebelumnya boleh menyebabkan mangsa merasa amat gelisah dan koma. Dengan gejala tahap dilalui, dalam tempoh 24 jam ia boleh meragut nyawa insan tersayang seperti bayi kerana mereka tidak tahu cara meluahkan rasa tidak selesa atau sakit.

Pencegahan dengan vaksin

Justeru, peka terhadap kesihatan umum, Sanofi Pasteur Malaysia melancarkan Menactra yang dipercayai sesuai dan membantu menentang penyakit berbahaya ini. Vaksin itu boleh diambil oleh bayi berusia sembilan bulan ke atas.

Vaksin itu dikatakan berupaya menentang Meningokokal dan vaksin konjugat ini dihasilkan untuk mencegah penyakit terbabit di Malaysia.

Vaksin Menactra menawarkan perlindungan terhadap empat daripada lima kumpulan paling biasa bakteria yang menyebabkan jangkitan meningokokus seperti A, C, Y dan W-135 pada bayi sembilan hingga 55 tahun.

Ketua Vaksin Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Eric Mansion Sanofi Pasteur sudah menjadi perintis dan berpengalaman dalam pembangunan vaksin meningokokus lebih daripada empat dekat.

Syarikat kami adalah yang pertama memperkenalkan vaksin meningokokus yang menawarkan perlindungan terhadap kumpulan A dan C pada awal 1970. Kami berbangga untuk meneruskan legasi kami berada di barisan hadapan dalam pencegahan penyakit ini menerusi pelancaran Menactra di Malaysia, katanya. 

sumber:
berita harian  



Mama amni


SUSU tak nak keluar (PART 2) - masalah dan cara atasi


Jom kita tengok masalah satu persatu.

1.Susu tiada bila diperah sama ada menggunakan tangan atau pam susu 

Sebenarnya, jumlah susu yang dapat dipam tidak menggambarkan susu sebenar yang dapat badan kita hasilkan. Berapa oz susu yang boleh dikeluarkan dengan pam itu bergantung kepada keberkesanan pam tersebut, keadaan pam yang baik atau tidak, tisu payudara si ibu dan keselesaan semasa mengepam.

Setiap ibu mempunyai keupayaan yang berbeza untuk mengeluarkan susu badan. Ada orang susunya memang senang keluar, tak buat apa-apa pun terpancut2. Ada orang susunya tak semudah itu. Kerana itu ada ibu yang boleh survive dengan pam susu berharga RM10 tapi ada ibu yang memerlukan pam susu berharga beribu-ibu ringgit.

Sekiranya ibu menggunakan tangan, ia juga bergantung kepada sejauh mana kepakaran/skill si ibu dalam hands expressing.

Sekiranya susu yang dipam tidak banyak, kemungkinan ia bukan disebabkan oleh susu badan yang tidak banyak, sebaliknya masalah pam susu, kurang skill mengepam dan hal2 yang tidak berkaitan dengan susu badan kurang.

2. Payudara lembik 

Semasa di dalam pantang anak pertama, biasanya ibu mengalami bengkak susu yang ketara, namun ia semakin kurang apabila anak meningkat usia, dan adakalanya tidak mengalami bengkak susu setelah melahirkan anak berikutnya.

Ini adalah kerana semasa kali pertama menyusu, payudara masih dalam peringat ‘belajar mengenal waktu bayi menyusu’ jadi ia akan menghasilkan susu yang banyak bagi menampung keperluan bayi yang tidak tentu masa. Namun apabila bayi sudah ada waktu menyusu tersendiri, payudara dah belajar tentang rutin tersebut, dan ia tidak lagi full bloom sepanjang masa.Lebih2 lagi jika ibu bekerja, kerana kurangnya stimulasi pada waktu siang.

3. Ibu tidak mengalami ’susu bocor’ 

Sesetengah ibu sentiasa perlu memakai breastpad untuk menampung susu yang sentiasa keluar. Ada ibu yang susu tidak langsung meleleh. Ia tidak memberi makna susu ibu yang meleleh2 itu adalah mempunyai susu yang banyak sampai melimpah tak muat breast. Kebocoran ni disebabkan oleh tindakan otot pada puting susu. Setiap ibu mempunyai keupayaan otot yang berbeza, jadi tahap kebocoran juga tidak sama antara satu sama lain

4. Tidak mengalami engorgement atau bengkak susu

Bila ibu masih lagi menyusukan anaknya secara terus (direct feeding), kadangkala keupayaan menghisap si bayi dengan mudah mengosongkan payudara. Ini adalah petanda yang bagus kerana lebih banyak susu bakal dihasilkan. (DEMAND & SUPPLY)

5. Tidak mengalami let-down reflex

Let down reflex ialah bila puting tiba2 mengeluarkan susu, dan membuatkan si ibu berasa seperti dicucuk2 di bahagian payudaranya.
Tidak semua orang mengalaminya. Ada ibu mengalami reflex ini setiap kali teringatkan bayinya. Ada orang, tidak. Tapi ia tidak menunjukkan ibu yang tidak mengalami ejection reflex ini mempunyai masalah kekurangan susu.

Silap interpretasi ini menyebabkan ramai ibu yang terus menukar keputusan dari exclusive breastfeeding kepada pemberian susu formula, oleh kerana mereka tidak yakin bayi mendapat cukup susu dengan susu badan mereka.



CARA ATASI:

ü  Kerapkan meyusu bayi / pam
ü  Massage breast / tuam
ü  Makan makanan seimbang / ambil supplement
ü  Minum air secukupnya
ü  Berfikiran positif
ü  Memilih pam susu yang sesuai
- hospital grade, teknik yang betul – cepat dan berkesan.
- strategi – power pumping, pam waktu malam, tandem nursing.
ü  Skin to skin
ü  Offer both breast.




Mama amni


SUSU tak nak keluar..!!!

Pasti ramai ibu-ibu yang pernah mengalami saat-saat sedih berpantang tapi susu tak keluar..

CAMNE NAK ELAK YE?
mari kita rewind balik cara kita berpantang....
 
1) Jangan berendam atau bermain air terlalu lama (basuh pinggan/basuh kain secara manual)
 
2)Kipas tu kalau boleh buka yang paling low yang ala-ala nak tak nak je pusing.
 
3)Dah kalau kipas pun kena buka ala-ala nak tak nak je pusing, aircond tu kalau boleh tak payah guna langsung
 
4)Air yang diminum tu tak payah lah air sejuk. cukuplah minum air suam. Ni tak selagi ada ais dalam peti ais tu semua dia nak.
 
5)Bertungku dan bertangkas supaya peluh-peluh tu keluar
6)Berurut selepas bersalin. booking bidan2 yang berpengalaman.. supaya urat2 ketika proses bersalin tu, angin2 dalam badan dapat dikeluarkan. 
 
7)Ramai yang tak gemar makan jamu-jamu atau daun-daun rebusan. Takpa gantikan dengan Memakan supplement yang berasaskan bahan organik supaya badan kita dapat keluarkan peluh dan cergas- highly recommend korang "SET BERPANTANG SHAKLEE"sangat selamat untuk ibu dan anak. 
SET BERPANTANG ini bukan sahaja membantu menyembuh luka dengan cepat, membantu ibu-ibu kekal cergas malah set ini mampu mempercepatkan penghasilan susu ibu..

Kalau semua di atas dah buat InsyaAllah dengan izin Allah badan kita akan berpeluh. jika berpeluh urat-urat kita takkan mengecut.Sebab kalau mengecut tulah yang boleh mengakibatkan pengeluaran susu jadi lambat.Eh bukan itu saja..bila badan dan berpeluh PASTI badan ibu-ibu berpantang KURUS!!


JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM.
 
Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata2 untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru menyusu/mengepam adalah satu langkah bunuh diri kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’.Itulah sebabnya susu makin sikit.


Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.



Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita sekarang ni.
Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanya lah mana2 ibu, bersalin tu memang stress, hinggakan Maryam pun mampu menggoncang batang kurma semasa nak lahirkan Nabi Isa. Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita stress. Lepas tu, bila bayi dah lahir, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja baby keluar, kita akan rasa happy, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin ni menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.

Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, bila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.

Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.



Mama amni