Sunday 30 June 2013
RAHSIA AIR KELAPA MUDA UNTUK IBU HAMIL
Kata orang-orang tua yang sememangnya berpengalaman, ibu-ibu mengandung yang mengamalkan minum air kelapa muda, air ketuban akan lebih bersih dan bayi yang dilahirkan juga akan bersih dan sihat kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.
Betul ke?
Tahukah anda, dalam 100 ml air kelapa muda mengandungi mineral berikut;
Potasium: 291
Sodium: 42
Klorin: 75
Kalsium: 44
Magnesium: 10
Sulfur: 58
Phosphorus: 9.20
Iron (mg/100 gr): 6
Copper: 26
Sodium: 42
Klorin: 75
Kalsium: 44
Magnesium: 10
Sulfur: 58
Phosphorus: 9.20
Iron (mg/100 gr): 6
Copper: 26
Tahukah anda, air kelapa muda bersifat disteril secara semulajadi dan mempunya unsur elektrolit yang tinggi?
Tahukah anda, amalan meminum air kelapa muda dapat membantu memperbaiki tekanan darah dan juga fungsi jantung?
ANTARA KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU YANG SEDANG HAMIL:
1. MINUMAN ISOTONIK ALAMI
Minuman Isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Since air kelapa muda kaya dengan mineral seperti di atas, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
2. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
3. MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT DALAM SISTEM PENCERNAAN
Semasa kehamilan, hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan & membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. MENCEGAH DARIPADA KELUHAN "HEARTBURN"
Keluhan heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Rasa seperti terbakar dan panas di dada ini tentu sangat mengganggu. Sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simpton heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.
5. MENCEGAH KEKEJANGAN
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil dinasihatkan mengambil 4.7mg kalium. Dalam setiap 330 mg air kelapa muda, mengandungi 670mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
6. MEMBANTU MENGURANGKAN "MORNING SICKNESS"
Antara khasiat air kelapa, mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
7. PENAWAR RACUN
Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
8. MENINGKATKAN HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda ini mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.
9. MEMBANTU PROSES BERSALIN
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.
Ibu hamil digalakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda ini boleh diminum begitu sahaja, ataupun dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa muda juga amat berkhasiat untuk ibu dan juga bayi di dalam kandungan.
Mama amni
Wednesday 26 June 2013
HANYA TINGGAL KENANGAN
Kenangan..
ada yang perlu dikenang selalu.. ade yang perlu dibuang terus ke tengah laut..
ada yang pahit.. ade yg manis..
dulu aku ade gak blog.. tp disebabkan aku punyai masalah short term memory.. so
aku lupe la pasword lame nye. n aku malas nk reset bagai..
hahahhaa.. so aku bukak la blog nie..
so aku tinggal kan kenangan lame aku tu dekat sini supaye bile aku rindu..
aku akan bukak la semula blog lame aku 2.. ( walau pon x banyak sgt cter dm 2)
but it's still memory..
hhohoohoho..
ni la link kenangan aku 2..
aku tanpa diri kamu

MUMMY...!!!! i'm ready to deliver...
Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.
Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan.
Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

trimister 3
Perkembangan Bayi Minggu 25
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran.
Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat.
Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini.
Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Perkembangan Bayi Minggu 33 Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
sumber : ibu manja

Penjagaan Kulit Bayi
Bagaimana hendak mendapatkan kulit bayi yang bebas daripada cela?
Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan untuk menjaga kulit bayi
sihat dan bersih.
1. Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur
yang diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas
seterusnya membuatkan bayi selesa.
2. Pilih fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pakaian bayi anda kerana ia kurang merengsakan kulit mereka.
3. Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali kerana boleh
mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim
mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada
badan bayi.
4. Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup
untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan
kerengsaan pada kulit bayi.
5. Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.
6. Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang bayi terutama bila
dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang baru,
sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi
perlindungan tambahan.
7. Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan.
8. Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.
9. Penggunaan losyen pelembap turut membantu mengekalkan kelembutan dan
kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak mengandungi alpha
hydroxyl acids atau pelindung cahaya.
10. Kuku bayi sangat
tajam, nipis dan memanjang dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan
kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia untuk mengelakkan kuku bayi baru
lahir boleh mencakar kulit muka mereka sendiri.
Mama amni
trimister 1
sori guys.. ter skip terus ke trimister 2 ari tu.. ni nk reverse semule untuk trimister 1
Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.
Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas.
Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.
Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.
Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.
Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.
Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda.
Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
trimister 2
Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Perkembangan Bayi Minggu 16
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Perkembangan Bayi Minggu 17
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.
Perkembangan Bayi Minggu 18
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.
Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.
Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 - 15 minit setiap hari sebelum tidur.
Perkembangan Bayi Minggu 24
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.
Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda.

FESYEN ibu hamil
Apabila mengandung sudah tentu perut bakal mama pun semakin membesar.
Bila sudah besar, pakaian sedia ada semakin tidak muat. Nampaknya, mama
kena mula mencari pakaian baru untuk dipakai sepanjang tempoh kehamilan.
Kini, di pasaran ada pelbagai fesyen dan rekaan khusus untuk wanita hamil. Biarpun hamil, ia bukan penghalang mama untuk teruskan minat bergaya dan bereksperimen dengan fesyen. Bagi yang sememangnya gemar berfesyen, usah risau kerana rekaan pakaian mama hamil sekarang sangat up-to-date.
Bagaimanapun sebelum membeli pakaian hamil, pastikan anda faham dengan perubahan bentuk badan dan keselesaan yang diperlukan apabila perut semakin membesar. Jangan terpengaruh dengan sesetengah fesyen yang kurang mementingkan keselesaan wanita hamil.
JANGAN JADI MANGSA FESYEN OK...
Berikut adalah panduan untuk fesyen hamil yang mudah dan berguna untuk terus tampil sebagai bakal mama yang hebat dan menawan.
A. Elakkan daripada memilih pakaian hamil yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Wanita hamil cepat berasa panas jadi pakaian yang terlalu ketat boleh membuatkan anda mudah berasa panas dan berpeluh.
B. Sama ada mama memilih dres, skirt atau seluar dan blaus, pastikan ia bersesuaian dengan ketinggian anda. Bagi bakal mama yang bertubuh kecil dan rendah, elakkan daripada memakai dres yang labuh kerana ia akan menampakkan anda lebih rendah. Anda mungkin kelihatan lebih manis apabila mengenakan seluar khas untuk ibu hamil dan blaus berlengan panjang.
C. Pilih fabrik yang lembut dan selesa seperti kain kapas atau dengan campuran fabrik Spandex lebih menarik dan selesa pada tubuh yang semakin membesar berbanding fabrik yang mencerut pada tubuh. Antara yang selesa dipakai seperti kardigan longgar diperbuat daripada fabrik sutera/kain kapas kait atau kain jersi.
D. Pilih pakaian hamil yang boleh bertindak sebagai dwi fungsi iaitu hamil dan menyusu. Kini ada banyak pilihan fesyen yang boleh digunakan oleh ibu sehingga selepas bersalin. Malahan rekaan khusus di bahagian dada yang memudahkan proses penyusuan turut menjimatkan wang anda.

antara link yang umi selalu usyar.. lawa2 jgk n berpatutan...
Mama amni
Monday 24 June 2013
Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur
selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda.
Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu
pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan
kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian,
cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang
tak mempunyai water heater).
2. Sediakan sarapan untuk isteri
seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk
isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak
dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti
bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Cubalah belajar
untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya..
Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat
langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan
air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan
hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada
1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan.
Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga
anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi
yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi
makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5.
Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran
isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju
kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa
yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk
minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas
menonton astro.
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi
sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan
basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan
mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh
dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan
membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda.
Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk
dalam kategori kerja ringan.
8. Sungguhpun anda letih,
janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih
dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu
dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya
kemurungan atau post-partum depression.
9. Ikhlaskan diri
menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri
menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian
anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh
44 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang
anda padanya.
seminggu kelahiran nye...
http://www.facebook.com/JOMHAMIL?directed_target_id=0
Mama amni
Tips Elakkan Penyakit Ketika Jerebu
▪ Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema,
asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik
hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah
buruk.
▪ Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
▪ Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang
motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat
yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
▪ Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
▪ Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
▪ Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
▪ Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
▪ Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
▪ Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
▪ Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
▪ Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar
kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap
berbahaya di kawasan mereka.
Rakan-rakan semua, awas fenomena
jerebu adalah amaran kerana kita yang tidak menghargai alam sekitar.
Jauhi aktiviti yang menyumbang kepada kerosakan persekitaran dengan
segera!
Mama amni
Wednesday 19 June 2013
DIET IBU HAMIL
Berasa lapar ketika hamil adalah perkara biasa di kalangan bakal ibu.
Namun jangan jadikan alasan untuk makan apa sahaja tanpa kawalan.
Usah menggunakan alasan makan untuk ‘dua orang’ kerana nanti anda yang
sukar kembali ke berat badan asal. Bakal ibu boleh makan lebih kerap
tetapi mestilah pada kuantiti yang sedikit dan pastikan mendapat khasiat yang diperlukan.
Anda perlu memahami dengan betul tentang jumlah peningkatan badan yang
sepatutnya berlaku sepanjang kehamilan. Jangan sampai terlebih berat
badan daripada yang sepatutnya tetapi jangan juga anda tidak bertambah
berat badan yang sewajarnya kerana masing-masing ada risiko tersendiri.
Doktor menyarankan ibu hamil mengalami kenaikan berat badan dalam
lingkungan 10 hingga 12 kg sehingga tarikh jangkaan kelahiran.
Jumlah ini termasuk 3 hingga 4 kg berat badan bayi dan selebihnya
adalah berat air ketuban, uri dan agen lain yang melindungi bayi dalam
kandungan.
Peningkatan berat badan ibu hamil normal
5 minggu 2 kg
10 minggu 4 kg
15 minggu 6 kg
20 minggu 8 kg
25 minggu 10 kg
30 minggu 12 kg
35 minggu 14 kg
Ketahui apa yang boleh dimakan dan patut dielakkan sepanjang bergelar
bakal ibu demi memastikan kesihatan diri sendiri dan bayi yang dikandung
sentiasa terpelihara.
Apa yang patut saya makan?
Ketika hamil dan hendak melahirkan, anda memerlukan lebih banyak tenaga
berbanding hari-hari biasa. Oleh yang demikian, anda perlu mengambil
makanan seimbang dan secukupnya supaya mendapat tenaga yang lebih
tinggi. Lakukan empat langkah berikut:
*Tingkatkan pengambilan kalori antara 200 ke 300 kalori sehari.
*Amalkan makan sedikit tetapi kerap sekurang-kurangnya lima hingga enam
kali sehari. Cara ini lebih baik jika anda mengambil makanan terlalu
banyak walaupun hanya dua atau tiga kali sehari.
*Banyakkan makan makanan sumber protein dan karbohidrat. Protein sangat
penting bagi pertumbuhan bayi dalam kandungan dan karbohidrat penting
untuk member anda tenaga sepanjang hari.
*Makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral khususnya sumber
zat besi. Zat besi diperlukan untuk kekuatan organ dalaman.
Apa yang patut saya elakkan?
Ibu hamil tidak digalakkan mengambil kumpulan makanan yang disenaraikan seperti berikut:
*Mengambil banyak manisan termasuk gula pasir, gula perang dan golden syrup.
*Gula-gula dan coklat.
*Minuman berkarbonat seperti cola dan jus buah-buahan.
*Biskut, kek, pastry, donut, pai, jam dan apa juga makanan komersil.
Ini kerana makanan yang dijual itu kebanyakannya menggunakan banyak
kandungan gula.
*Buah-buahan dalam tin.
*Artificial cream.
*Bijirin sarapan pagi yang disalut dengan gula.
*Ais krim yang disalut dengan manisan seperti sirap strawberi atau coklat.
Tuesday 18 June 2013
RISIKO HAMIL LEWAT USIA
Pada masa kini hamil di usia lewat atau sekitar 30 tahun bukan lagi
satu senario asing, khususnya di kalangan wanita bekerjaya. Namun, dari
sudut perubatan, pakar mengatakan hamil di usia lewat mempunyai risiko
tersendiri.
Usia telur/ovum yang dihasilkan oleh wanita adalah bersamaan dengan
usia mereka. Justeru semakin lewat usia wanita hamil maka tahap
kesuburannya menjadi semakin rendah dan turut meningkatkan risiko
seperti masalah kecacatan anak yang dikandung.
Perlu diketahui bahawa tahap kesuburan bagi wanita yang berusia lewat
30-an menjadi semakin perlahan dan mungkin menyukarkan mereka hamil
cepat.
Kesan usia ke atas kehamilan
Kajian pakar perubatan mengatakan majoriti ibu yang berusia
berkemungkinan mendapat penyakit diabetes, darah tinggi atau lain-lain
penyakit kronik yang boleh menjejaskan kehamilan dan proses kelahiran.
Penyelidikan yang dijalankan tentang kesan umur ke atas kelahiran bayi
termasuk peningkatan dalam kekerapan komplikasi kehamilan seperti
diabetes akibat kehamilan, plasenta rendah dan kelahiran pramatang.
Kesan usia ke atas bayi yang dikandung
Umum sedia maklum tentang risiko yang bakal dihadapi oleh wanita hamil
di usia lewat. Mereka mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk
melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan seperti sindrom Down, sindrom Edward atau sindrom Patau.
Biasanya doktor akan menyarankan bakal ibu membuat ujian amniosentesis
bagi memberikan diagnosis yang tepat mengenai kandungannya. Ia
sekurang-kurangnya dapat membantu bakal ibu membuat persiapan untuk
sebarang keperluan khas bayinya. Tetapi ujian ini bukan satu paksaan dan
jika wanita tidak berminat ia tidak perlu menjalaninya.
Selain daripada itu, risiko lain yang lebih kecil boleh berlaku ke atas
bakal ibu terutama yang berusia 40 tahun ke atas iaitu kematian bayi
dalam uterus di peringkat akhir kehamilan. Justeru itu, para doktor
biasanya meningkatkan pemantauan ke atas bakal ibu terutama di akhir
trimester kehamilan.
Kesan usia ke atas proses bersalin
Proses pelahiran bayi merupakan satu proses yang panjang dan
melelahkan. Segala kudrat dan tenaga dikerahkan oleh si ibu demi
melahirkan bayi. Oleh itu faktor usia turut memainkan peranan dalam
menjayakan proses kelahiran bayi.
Jika anda berusia lebih daripada 35 tahun, maka anda lebih cenderung
untuk melalui proses melahirkan bayi secara cetusan (induce), suntikan
epidural atau kelahiran forsep. Hampir kesemua kajian turut bersetuju
kadar kelahiran secara pembedahan caesarean turut meningat mengikut usia
ibu.
Bagaimanapun, peningkatan ini nampaknya tidak berkaitan dengan
mana-mana masalah spesifik. Sesetengah kajian mendapati bahawa kecemasan
fetus lebih kerap didiagnosis bagi ibu yang lebih tua, yang juga
menerangkan mengapa kadar caesarean lebih tinggi.
Terdapat juga bukti mengatakan ibu yang berusia lebih cenderung melalui
peringkat kedua bersalin yang lebih panjang kerana otot-otot uterus
tidak berfungsi dengan begitu baik apabila wanita meningkat usia.
Selain daripada itu faktor psikologi turut menyumbang kepada proses
kelahiran. Kebimbangan akan terjadi banyak komplikasi juga akan
mendatangkan komplikasi. Jika bakal ibu dan doktor asyik memikirkan
perkara tidak baik akan berlaku, ibu akan berasa tertekan. Stres akan
mengganggu imbangan sensitif hormon dan kimia semula jadi dalam badan
anda.
Kelebihan ibu usia lewat
Bagaimanapun, ibu usia lewat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan
psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Mereka selalunya
mengikut gaya hidup yang lebih sihat, berpendidikan lebih tinggi dan
kedudukan kewangan yang lebih baik.
Wanita berusia selalunya lebih matang dalam menangani simptom-simptom
kehamilan, berdikari dan yakin dengan apa yang mereka mahu serta
bersedia dari segi mental untuk bergelar ibu.
komen dari aku :
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. iaitu Allah S.W.T... begitu juga dengan rezeki..
aku bersyukur sgt ditemukan jodoh dalam usia yang muda.. alhamdulillah.. juga telah dikurniakan anak dalam usia yang muda.. yang telah menjadikan hidup aku lebih matang dengan pengalaman yang telah aku lalui.. SYUKUR.. N SYUKRAN YA ALLAH..
LOVE |
Jangan 'PONTENG' pantang anda
Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Korang berape KG naik.??? aku 1st preggy aritu dr 64kg naik 76kg xsilap.. dalam 12KG gak la..
Sudahnya
hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu.
Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, InsyaAllah badan kembali langsing dan yang penting sihat.
Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara
orang tua-tua berpantang?
Saya!!! saya!!!! (sambil angkat tangan tande excited...) hahhahaa
Ada yang berkata leceh hendak berstokin
sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani, ada
ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah.
yang mengusung anak ke shopping mall ni sy sgt setuju.. mmg xsuke betol tgk nye.. bukan risau kat mummy nye.. tapi risau kan baby yg masih kecik 2.. terdedah dengan environment yang sgt teruk skg ni..
Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan tradisional mahu menjerit dia.
Bukan apa, kalau ikut cara berpantang tradisional yang sebenar, ibu-ibu
dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 44 hari
berpantang.
Tetapi biasanya kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat
perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak
berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan
dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam
masih lagi mengandung.
Jom kita semak semula apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin.
1. Kawal pergerakan
*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
2. Jaga pemakanan
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.(mmg hari2 kene makan pon)
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh
menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini
melambatkan proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.(makan lobak putih je)
3. Amalkan mandian air rebusan herba
*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai
wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas
bersalin.
(serai wangi+asam keping+sireh+garam= mandian hari2 saya)
4. Berurut
*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang
tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali
ke tempat asal. (3hari yg pertama terus berurut.. tu pon menjerit2 keluarkan angin n urat2 bersimpul)
5. Bertungku
*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan
peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus
mengempiskan perut ibu. plus+++ bertangkas ok.. berpeluh2...
6. Menyapu pilis
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan
bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang
mungkin boleh menyebabkan meroyan. (yang ni aku buat sekali je.. hahahhaa kerana malas..)
7. Minum jamu
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk
diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses
bersalin.
YANG no 7 ni aku x amalkan langsung sebab aku jumpe pengganti JAMU.. yelah.. jamu kan panas.. penyebab utama jgk kuning baby x turun2.. so.. aku gunakan SHAKLEE sebagai pengganti.. wah.. banyak khasiat nye dari jamu.. x panas.. badan bertenaga walau pon malam2 bangun jaga anak.. perah susu.. dan juga SHAKLEE membantu dalam PENYUSUAN PENUH terhadap anak aku.. Alhamdulillah..
pemakanan ibu mengandung
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

- HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
- Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.
(sumber :pama.karangkraf.com)
pengorbanan seorang ibu..
Fakta Menarik Ibu Bersalin
Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup mati seorang wanita.
Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Ketahui
beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.
1.
Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.
Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua
minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum
proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya
apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6.
Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi
semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan
20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
alhamdulillah.. pengorbanan seorang ibu, tiada tandingan nya.. so.. untuk ayah2 diluar sane, ketahuilah..
Mama amni
(sumber :pama.karangkraf.com)
Wednesday 12 June 2013
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
- Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
- Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
- Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese
- Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Tuesday 11 June 2013
Jarakkan Kehamilan Secara Tradisional
Jarakkan Kehamilan Secara Tradisional
halia |
lengkua |
lada hitam |
ragi |
Apa kata anda menggunakan
kaedah secara tradisional yang lebih mudah dipraktiskan.
Ambil lengkuas dan halia sebesar
ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi.
Kesemua bahan ini
ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih,
kemudian
ditapis.
Campurkan sedikit garam dan air limau nipis..
Minum sebulan
sekali sebelum tidur.
InsyaAllah...
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)