Thursday 18 July 2013

Resepi Makaroni Bakar


Bahan2 :
2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
500 gm daging kisar(cincang)
3 sudu rempah kari

BAHAN YANG DITUMBUK/DIKISAR
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*


Sedikit minyak jagung+sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair ideal+1 tin air
sedikit daun bawang/sup
sedikit bawang goreng
4biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Cara Menyediakan :

 
Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.
Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
Boleh tambah cheeddar cheese yg dah diparut sekali.
Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.


Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.
*Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.





NYUMMY...!!!! 


boleh try nnt bile rajin.. hoohohohoho








Mama amni

Monday 15 July 2013

pemakanan kanak-kanak yang KURANG makan

Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

Nasi / bubur
Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin
Roti Ditambah marjerin / mentega kacang / keju
Biskut kraker Ditambah marjerin / mentega kacang / keju
Susu Ditambah serbuk coklat / aiskrim
Telur Ditambah susu / minyak / marjerin / keju
Kentang – dilenyek / dibakar Ditambah susu /minyak / marjerin


Berapa banyakkah harus anak saya makan?
  • Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
  • Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
  • Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
  • Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?
  • Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
  • Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
  • Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Contoh menu
Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan
  • 90g (1/2 cawan) beras
  • 1 sudu makan marjerin
  • 30ml (2 sudu makan) puri tomato
  • 125ml (1/2 cawan) jus tomato
  • 125ml (1/2 cawan) air
  • 5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran
  • 10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
  • 10g (2 cm) halia, dihancurkan
  • 60g (1 biji) bawang besar, dihiris
  • 100g (2 biji) tomato, dipotong dadu
  • 125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis
  • Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Cara memasak
  • Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
  • Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
  • Tutup api dan letakkan berasingan.
  • Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
  • Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 - 3 Tahun



link related :

jadual pemakanan

 
Mama amni
 
 

contoh jadual pemakanan kanak-kanak yang KURANG makan

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 - 3 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengah hari
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 – 6 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
½ cawan nasi goreng (tambahkan
1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur 1 telur goreng
Minum Pagi
2 keping biskut kraker
1 sudu makan marjerin
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengahari
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ ekor ikan bersaiz sederhana
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Minum Petang
1 ketul karipap
1 keping roti
1 gelas minuman bersusu
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal     
 
 
Mama amni
             

          

Thursday 11 July 2013

Selamat menunaikan Haji & Umrah

Alhamdulillah, sekarang ni kan musim umrah.. lagi2 di bulan Ramadhan yang mulia ni.. ramai yang ke sana untuk mendapatkan pengalaman berpuasa di Tanah Suci Makkah.. Lagi pon x lame lagi musim Haji pulak..Disamping persiapan diri untuk beribadat, kesihatan diri juga perlu dititikberatkan. Apa salahnya sediakan payung sebelum hujan , kan ? Jom saya kongsikan produk yang sesuai untuk mereka yang ingin menunaikan haji dan umrah supaya kekal sihat dan bertenaga.

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah & haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan. Ambil 2 biji sehari sehingga demam kebah.

4. Vita-Lea – Multivitamin yang lengkap. Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.

5. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki

Secara basisnya, anda cuma perlu mengamalkan Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, OsteMatrix dan Performance Drink.

Walau bagaimanapun, ingin saya ingatkan bahawa supplements ini hanyalah usaha kita untuk memastikan kesihatan optimum sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci. Namun, nikmat kesihatan (dan sakit) itu datangnya dari Yang Maha Esa, dan kepada-Nya lah kita bertawakkal.
Insya Allah.

Oh ya, untuk supplemen yang berserbuk seperti performance drink, dicadangkan letak dalam beg besar ya. takut kena buang pula kalau bawa masuk bersama dalam kapal terbang.





Mama amni


Wednesday 10 July 2013

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan.

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.

Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.

Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?

Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.

Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah.klik di sini

GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?

Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
  • Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
  • Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
  • Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.

Bilakah saya harus meminta bantuan?

Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
  • kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
  • najis berwarna kehijauan;
  • tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
  • turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika masalah penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang. Anda juga boleh mencari sumber tambahan dalam Direktori Penyusuan Badan A-Z kami.

baby center





Mama amni

Indeks Glisemik yang rendah dalam ESP

Tahukah anda, ESP mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah? Indeks glisemik adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula dalam darah. Semakin tinggi GI, semakin cepat impaknya terhadap kenaikan gula dalam darah. Oleh itu, ESP sangatlah bagus untuk mengawal paras gula dalam darah, terutamanya pesakit diabetes.

 GI for ESP lebih kurang dengan GI apple je kan..wow thats good !!




GI menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai GI yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa yang panjang.  




Mama amni

Tuesday 9 July 2013

Masalah Healing Crisis atau tidak serasi dengan vitamin Shaklee?

Anda mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. 
Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima.Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita makan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi.Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin?Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee
2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya
3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:
Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.
Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.
Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.


Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee.Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.

Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis? Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis. Perlu tambah kuantiti air yang diambil. Supaya kesan healing crisis dapat diatasi.Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita.








Mama amni



Thursday 4 July 2013

How to consume Shaklee breastfeeding set during fasting


Pejam celik pejam celik rupanya bulan ramadhan semakin menghampiri. Dalam bulan ini sahaja pasti ramai yang membuat persiapan awal dengan berpuasa ganti sebelum ramadhan menjengah. So, bagi mereka yang mengamalkan supplement terutamanya ibu2 hamil dan ibu2 yang menyusukan anak, pasti lah sedikit kegusaran timbul untuk menghadapi ramadhan. Jika tidak kena caranya ada yang pasti akan merasa kehausan melampau, pening kepala malahan keletihan melampau.

Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi. Bagi ibu menyusukan anak mereka, berpuasa sambil menyusukan anak pastinya perlu mempunyai semangat, keyakinan dan kekuatan fizikal dan mental.

Sebagai ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, perlu yakin bahawa susu ibu akan tetap ada walaupun berpuasa kerana ianya anugerah dan rezeki dari Allah. Persoalannya adakah jumlah penghasilan susu akan berkurangan dan terjejas???

Pengambilan supplement beserta air sekurang2nya 3 liter, selain mengepam secara konsisten dan memohon kepada Allah...camner nak minum banyak sedangkan berpuasa.. inilah yang kerap menghantui benak semua ibu2 di luar sana...

camna nak minum air 3L sehari kalo berpuasa?

cara yg paling mudah ialah:
- sediakan air di dlm 2 botol sukatan 1.5L
- letakkan botol tersebut di tempat yg mudah dilihat
- pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas
- pastikan air yg disediakan di dlm botol td abis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak

Ini sekadar cadangan, bagi ibu2 yang boleh co-op dengan jadual pemakanan ini, sangat2 di alu2kan....
Waktu sahur :
Nasi berlauk + Shaklee breastfeeding set + 7 kurma + ( performance drink + ESP )
Waktu berbuka :
Nasi berlauk + 3 kurma + 2 alfafa
Sebelum tido :
ESP + ostematrix+2 alfafa

* Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air.

1. Meal Shake/ESP – membekalkan tenaga kepada tubuh. Disamping itu ia memberi kekenyangan
2. Performance Drink– mengekalkan air dalam badan dan membantu mencegah pendehidratan(prevent dehydration)
3. Vita-Lea – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
4. B-Complex – menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan.


 NOTA KAKI:
Bukan nak promote or nak kata makan supplement confirm susu bertambah... tetapi bila kita istiqamah makan supplement + jadual pumping yg betul, badan jadi tak stress, happy jer, insyaAllah... dengan izin-Nya automatik badan kita boleh produce susu tanpa masalah.... dengan syarat jangan lupe doa dan tawakal... dan pk positif!! 


CC: norfarida awang




Mama amni

RAMADHAN FOR BREASTFEED MOMMY

 Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak ketika di bulan Ramadhan, pastikan tenaga anda mencukupi untuk mengharungi hari2 mulia ini. Ibu - ibu pastikan anda :  


1) MINUM AIR YANG MENCUKUPI
 Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu.  Seelok-eloknya minum 2 -3 liter atau bersamaan minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2) JANGAN ABAI SAHUR
 Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur.  Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur,  Makanlah makanan yang kaya dengan protien dan apa saja makanan berbentuk sup.  Dalam pada itu, anda perlukan kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3) MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangya tiga (3) biji.  Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4) BANYAKKAN BUAH DAN SAYUR
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5) AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa.  Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi.  Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya…

6) AMALKAN MADU
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi… Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7)  ELAKKAN MINUMAN BEKARBONAT
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat.  Sama juga halnya dengan minuman berkafein,  Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kagien boleh mengangganggu penghasilan susu ibu jika berlebihan..

 
8)  PENGAMBILAN SUPLEMENT
Pengambilan  suplement juga untuk para ibu yang menyusukan anak2 mereka sangat membantu dalam mengharungi hari2 di bulan puasa. Pengambilan suplement ketika bersahur dapat memberikan tenaga yang mencukupi kepada para ibu.
antara suplement yang saya sendiri ambil adalah suplement shaklee 



majalah PA & MA
FB: UMI SALAMAH


Mama amni


PENYIMPANAN SUSU PERAHAN (ebm)-expressed breastmilk

Susu yang telah diperah boleh disimpan sehinggap 6 bulan dengan kaedah penyimpanan yang betul. Cuci tangan dengan sabun setiap kali hendak mengendalikan susu. Bekas yang hendak digunakan untuk menyimpan susu mestilah di basuh dengan air sabun yang panas dan disteril.

Bekas yang boleh digunakan untuk penyimpanan susu :

(1) Bekas dadih (Boleh didapati di mana-mana pasaraya seperti Giant) - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
(2) plastik storage (autumz,jingle jungle dll)-pelbagai di pasaran
(3) plastik aiskrim - sgt jimat ruang (hny muat 3-4oz)
(4) Botol susu dengan penutup

Simpan dalam kuantiti yang mencukupi ( yang diperlukan sahaja) dalam satu bekas untuk sekali penyusuan untuk mengelakkan pembaziran.
Labelkan bekas dengan nama dan tarikh. 
Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara.
Guna susu yang terdahulu

Berikut adalah panduan mengenai kaedah penyimpanan serta tempoh penyimpanan susu ibu :






Mama amni

TIPS MENGATASI HIDUNG TERSUMBAT BAYI


Hidung tersumbat adalah masalah klasik yang dialami oleh seorang bayi pada bulan bulan pertama kehidupannya. Kondisi ini membuat bayi susah untuk menghisap ASI dari puting susu ibunya sehingga bayi menjadi gelisah, apalagi tersumbatnya hidung kerap terjadi pada malam hari sehingga kan mummy x boleh tidur...

Berikut beberapa tips yang dapat dilakukan untuk mengurangi masalah hidung tersumbat pada bayi.

1. Terlentangkan bayi pada tempat tidur lalu teteskan 2 – 3 titis larutan saline ke lubang hidung kanan dan kiri secara bergantian. Setelah dititisi larutan saline, segera tengkurapkan bayi atau pada posisi yang nyaman. Larutan saline boleh dibeli di farmasi terdekat.




2. Jika produksi lendir berlebihan, hisaplah menggunakan alat penyedut lendir khusus untuk bayi. Alat ini boleh diperoleh di farmasi/toko alat alat kesehatan. Baca cara pemakaiannya dengan cermat.




3. Tinggikan bagian kepala tempat tidur bayi.

4. Susui atau berikan minuman yang cukup untuk bayi.

5. Sebelum tidur, bayi boleh dimandikan dengan air hangat atau jalankan shower air panas bagi menghirup wap air yang muncul dari shower.

6.Bila berlanjut, segera ke doktor.

sumber : Panduan Ibu-Ibu




Mama amni






 

Wednesday 3 July 2013

STRETCHMARK



Antara cara yang boleh diamalkan jika Puan-puan nak kurangkan kesan stretchmark selepas bersalin ialah :

Setiap kali sebelum menyapu gel pengempis perut atau campuran kapur dan air limau nipis, sapukan dulu losyen di perut. Losyen tersebut bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.
  Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Oh ya... saya tau. Ada diantara kita yang terpaksa bertekak dengan ibu atau ibu mertua yang sangat tegas tentang soal berpantang sehinggakan tidak boleh minum air masak dengan banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus buat Puan kerana amalan ini bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit Puan menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit.
 Jika bayi Puan tidak menghadapi masalah jaundis atau demam kuning, saya syorkan Puan mencuba amalan meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu Puan .
Ambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E.

Walau apa sekali pun, sebenarnya cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa Puan untuk menyapu losyen diperut dan di bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.
 
Juga, jika Puan terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, jangan sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah Puan, mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.
 
 
gambar hiasan
 

Mama amni

Petua Mudah Tambah Susu

Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu

Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
seperti kaedah DEMAND & SUPPLY


2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.


3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.


4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,


5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.
 
6. Kerap mengepam
 Sekira nya bayi anda tidur atau sudah kenyang.. tetapi susu masih meleleh, anda perlu mengepam secara manual atau menggunakan pam elektrik /pam manual supaya pembaziran susu tidak berlaku. Ia membantu para ibu dalam menyediakan stok susu ketika berpantang (EBM). Para ibu digalakkan melakukan proses ini 2-3jam sekali supaya payudara ibu sentiasa kosong dan penghasilan susu akan berlaku semula setelah kantong dikosongkan. 

Mama amni
 
 

BENTAN-AWAS!!PERINGATAN UNTUK IBU BERPANTANG



"Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ini selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang-kadang selepas tempoh berpantang. Ada juga kesannya sehingga bertahun-tahun.

JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.

1. Bentan Urat

Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan lutut menggigil kesejukan meskipun tengahari, seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
Biasanya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah unttuk meluruskan badan si ibu.
Selalunya terjadi jika ibu mengangkat benda-benda berat.
Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal, atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui behagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng (belakang).
Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit.

Oleh sebab itu, wanita berpantang digalakkan supaya banyak berehat, jangan terkena hujan,mahupun tempiasnya sekalipun, jangan mandi lama-lama, elakkan mandikan bayi sendiri dan jangan mengangkat benda berat. Sakit bentan ini tidak tertanding dan sakitnya boleh membuatkan ibu berpantang merana."
 
 Mama amni

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?


1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.




PS : pastikan anak2 kite sentiasa hepy.. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik (peringatan utk diri sendiri)





Mama amni

Monday 1 July 2013

Apa yang PERLU ada di BEG anda.??

bile wanita sudah bergelar mama,ibu,umi dll beg tangan juga berubah isi? Rasanya kebanyakan mama bersetuju kerana sudah semestinya keperluan si manja yang memenuhi ruang dalam beg mama.

Tetapi oleh kerana sekarang sudah ada pelbagai fesyen beg lampin, jadi apa kata mama pergunakan sepenuhnya beg tersebut. Sebelum itu baik periksa apa sebenarnya yang hendak diisi dalam beg lampin bayi. Tentu ada mama yang keliru terutama yang baru pertama kali bergelar mama.
 
1.      Lampin
Jangan letak sekeping lampin sahaja. Jumlah lampin bergantung kepada berapa usia anak anda. Jika masih bayi kecil, anggarkan ia perlu ditukar setiap jam.
 
2.      Tisu basah
Pastikan barang wajib ini sentiasa ada di dalam semua beg yang anda bawa. Ia memang penyelamat keadaan tidak kira berapa usia anak anda.
 
3.      Hand sanitizer
Penting untuk membersihkan tangan anda selepas menyalin lampin bayi di tempat yang tiada kemudahan membasuh tangan. Apatah lagi sekarang ada banyak kuman yang mudah menjangkiti anak kecil.
 
4.      Alas tukar lampin
Kebanyakan beg sudah menyediakan alas ini atau jika tiada boleh dibeli berasingan. Ia memudahkan tugas menyalin lampin ketika berjalan.
 
5.      Beg plastik
Untuk meletakkan lampin dan baju kotor.
 
6.      Snek
Untuk bayi yang sudah boleh makan.
 
7.      Bib
Bagi mengelakkan kotoran pada baju bayi ketika makan.
 
8.      Sippy cup dan air
 
9.      Nursing cover
Berguna apabila anda menyusukan bayi di tempat umum.
 
10.  Pakaian tambahan
Bayi bukan seperti orang dewasa. Pakaian mereka mudah kotor akibat muntah, terkena air kencing dan sebagainya. Jadi setiap kali keluar, perlu membawa pakaian yang lebih.
 
11.  Sling/Wrap
Memudahkan untuk mendukung bayi ketika keluar berjalan.
 
12.  Alat mainan
Ia juga penting untuk menenangkan bayi apabila dia bosan menunggu papa dan mama membuat urusan.

 
Mama amni


sumber utama: pa & ma