Wednesday 16 October 2013

Perlu atau TIDAK ibu menyusu mengambil SUPLEMENT.?

Perlukah ibu menyusu ambil supplement?? 

 Seorang kaunselor penyusuan susu ibu yang terkenal ditanya, "perlukan ibu menyusu ambil supplement?". 

 Dan jawapan kaunselor tersebut tentulah "tidak"

Beliau juga turut kesal kerana menurutnya, penjual2 supplement terlalu ghairah mempromosikan produk yang kononnya dapat menambah susu ibu sehingga ada ibu2 yang menjadi stress kerana susu tidak juga bertambah walaupun sudah macam2 supplement yang di ambil. 

Saya tidak salahkan kaunselor tersebut. Pendekatan yang dilakukan sesetengah pengedar Shaklee adalah semata2 untuk menjual produk tanpa mendidik ibu dengan ilmu penyusuan itu sendiri. Ini sememangnya salah dan mencemar niat baik pengedar lain yang sememangnya bersungguh2 membantu manusia mendapat kebaikan menerusi Shaklee umumnya dan membantu ibu2 menyusu menjayakan penyusuan khususnya. Disebabkan kepercayaan saya pada produk ini juga saya telah menjadi Shaklee Independant Distributor, saya bukan menjual produk shaklee semata-mata untuk mendapatkan bonus lumayan dari shaklee tetapi saya berharap dapat berkongsi kebaikan produk ini semua orang.

 Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan dan mendapatkan sponsor dari saya untuk keahlian PERCUMA seumur hidup! Perlukan ibu menyusu ambil supplement? Supplement ibu menyusu bukanlah sekadar sebagai milk booster semata-mata. 

Walaupun tidak dinafikan rata2 ibu yang ambil alfalfa mengakui susu mereka makin bertambah dan ESP juga memekatkan susu, namun pengambilan supplemen hanya sekadar menyokong ibu2 untuk menjayakan penyusuan. 







Peraturan asas Supply vs Demand perlu dipatuhi jika anda nak tambah susu. Janganlah salahkan supplement bila susu anda tidak bertambah jika peraturan asas ini tidak anda patuhi. Berdasarkan pengalaman saya menuyusukan Rayyan selama 2 tahun, berikut adalah perbezaan yang saya rasai: Dengan supplement: Badan cergas dan bertenaga Kulit makin licin dan glowing Berat badan terkawal Dapat mengawal perasaan dan jadi makin penyabar Susu juga maintain biarpun "period" Takde lagi masalah sakit gigi atau gusi Takde dah masalah rambut gugur. Pergaulan dengan suami, keluarga dan kawan2 menjadi bertambah baik dengan adanya keyakinan diri.

Sekali lagi ditanyakan, perlukah ibu menyusu ambil supplement? Jawapannya, TIdak PERLU, jika anda rasa anda boleh bertahan. Sememangnya hasrat mulia kita menyusukan anak tersayang dengan susu ibu mendapat ganjaran dari Allah. Dan apa jua usaha yang kita lakukan dalam merealisasikan dan melaksanakan tugas itu, pasti mendapat ganjaran Allah. 

Bagi saya sendiri, saya akan jaga tubuh anugerah Allah ini sebaiknya untuk suami dan anak2. Saya tak mahu menjadi tua sebelum waktunya akibat terlampau saya bersusah payah menyusukan anak2. Saya, mengamalkan pengambilan supplement untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan saya sendiri. 

Pendapat anda sendiri bagaimana? Apapun, pilihan di tangan masing2. Mahu kekal sihat bertenaga dengan pemakanan sihat Shaklee?

#copy&paste


amalan pengambilan set penyusuan..


 alhamdulillah.. saya juga try set ni.. jadi saya terjebak dalam shaklee sejak tahun lepas kerana keserasian set ini dalam diri saya, membantu saya memberi yang terbaik untuk anak saya.. 
Untuk anak yang kedua ini, saya nekad untuk terus menyusukan anak sy sehingga 2 tahun.. insyaAllah.. Susu ibu adalah terbaik untuk anak2.. 


InsyaAllah.. dengan niat dan tujuan yang betul, pasti DIA akan membantu..  




Mama amni


Monday 23 September 2013

RAHIM/PERANAKAN JATUH...

cerita dari sahabat di FB mengenai rahim atau peranakan yang jatuh..






pesanan 


-jangan keje teruk2
-jangan angkat berat
-JANGAN TOLAK BARANG GUNE KAKI TERUTAMA GUNA IBU JARI KAKI..!!

KENAPA...???


>sebab ibu jari kaki terus berhubungan dengan rahim...ade orang tak angkat berat,tapi tolak2 barang berat gune kaki..tak bole tu!

ooo....patotla,saye memang perna buat...
baru ni pun mmg angkat berat,maklum cik,kemas2 barang..

>acik da banyak urutkan orang yang peranakan jatuh,ade yg lagi teruk,sampai da terkeluar dari 'tattittut'...

hah? nauzubillah cik..taknak la saye!!

ade sorang ni,anak 3,degil betul,acik da betulkn,die wat jugak keje berat.. betulkan lagi,maen sukan pulak,terus terkeluar... yaAllah,acik nasihatkn die,adik,jage la diri kamu,mude lagi,sayangla tubuh sendiri..! tak lame lepas tu,suaminye mule cari pempuan lain, pempuan tu datang lagi,nangis2,acik cube tolong.. tengok2...datang lagi,mengandung pulaaaakk,BETUL REZKI TU DARI ALLAH,TAPI..KAMU TU BERMASALAH RAHIM..SUAMI PUN KENE LA DIFAHAMKAN,MAEN LANYAK JE...IKUT NAFSU,KESIHATAN MACAMMANE? acik tak faham betul budak2 zaman sekarang,degil! tak sayang tubuh sendiri.. nanti kalo betul2 rahim tu terus terkeluar,tak bole masuk balik da,gune 'cincin' pun tak bole da..doktor pun tak bole tolong,potong je la....

saye telan air liur GULP....

*kawan2,sile jage bahagian kewanitaan anda ye.. sayangi tubuh sendiri..
SUAMI PULA,sile amek berat kesihatan dalaman isteri anda, anda jugak nak gune lame..ops,macam kasar pulak,saya emosi dengan cite acik tu...saye tak habis pk.. hmm...

Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh:
- Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
- Ketulan pada faraj
- Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
- Sakit belakang
- Sakit semasa hubungan seks
- Pendarahan faraj selepas menopaus
- Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal
- Sukar buang air kecil / besar

RAWATAN :
- sila la jumpa doktor dgn segera
- jumpa bidan kampung untuk mengurut/menaikkan bahagian rahim.
- selepas urutan menaikkan rahim , amalkan JPD / JJC utk kuatkan rahim

mencegah rahim dr jatuh

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi






soalan : sis mcmana saya nak tau rahim ni tekeluar
saya : dik nak tau senang je..cube adik cangkung, masukkan 1 jari dalam vagina..kalau ada mcm besar guli kat tengah laluan tu tu makna peranakkan kita turun...atau lebih di kenali sebagai tombong..lagi dalam tombong tu lagi sihat rahim kita..jgn sampai tekeluar dik...kalau dh tekeluar boleh kene potong sbb nak masukkan balik dh susah...jgn main2 ye dik..rahim kita lah...kita nak keje jaga..bukan suami atau org lain..kita je tau mcmana..ais jgn minum selalu..sekali sekala boleh lah..lg bagus jgn amalkan..jgn angkat berat2...pesanan ikhlas dari saya...kalau dh tekerluar nak jaga susah..hari2 kene cek kat mana tombong tu..lebih baik mencegah dari merawat kan...fikir2 kan selamat mencuba.

 



Mama amni

Wednesday 28 August 2013

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)


Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian

Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis

Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan

- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan

Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.


(sumber : Google)



Mama amni



JAUNDIS...



 IBU MENGANDUNG DIGALAKKAN:

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.


4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.


7)Memakan sengkuang cina

8) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

 
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut. Jangan banyak - banyak.. panas.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Pasang lampu bilik atau ruang tamu 24jam..

5) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)


6) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Kita sebagai manusia hanya berusaha,Semoga ALLAH memudahkan urusan kita.


 Selain itu,

1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan pil yang diberi oleh doktor. Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.

2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.

3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).

4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.

5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.



Mama amni

24 jam kitaran maut

Disebabkan cetek pengetahuan mengenai nama dan jenis penyakit sebilangan ibu bapa terpaksa menerima padah apabila bayi yang tidak tahu melahirkan rasa sakit tiba-tiba maut hanya dalam tempoh 24 jam.
  Nama penyakit meningokokal, memang agak asing dan jarang didengar. Bagaimanapun natijah penyakit ini begitu cepat meragut nyawa penderita terutama kanak-kanak yang begitu kurang daya ketahanan diri terhadap penyakit.

Apa itu meningokokal? Ia adalah jangkitan pada membran yang menyelaputi otak dan tulang belakang dan spesis (sejenis jangkitan saluran darah).
  Jangkitan penyakit ini juga boleh berlaku kepada sesiapa saja kerana ia mudah tersebar di kawasan yang sesak dan berhabuk.
  Sekiranya anda atau anak ditumbuhi ruam sewajarnya berwaspada kerana itu adalah antara gejala awal dan mudah sebagai petunjuk menghidapi meningokokal, sekiranya lewat dirawat ia berkemungkinan boleh meragut nyawa.
  Katanya, untuk mengenal pasti ruam itu berbahaya atau sebaliknya ialah dengan mengambil segelas air kosong dan letakkan pada bahagian ruam seperti lengan, kemudian perhatikan, jika ruam bersifat rata saja ia mungkin ruam biasa.
  Jika ruam timbul jangan berlengah kerana antara gejala penyakit berbahaya ini. Kini keperluan vaksin perlu bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga untuk mengelak berjangkit kepada orang lain.
 Kenal pasti ruam

Dr Musa berkata, ibu bapa perlu memastikan anak menikmati kehidupan yang bebas daripada sebarang gejala penyakit itu untuk mengelak risiko lebih berbahaya.

Ini kerana sistem ketahanan badan bayi masih rendah dan tidak tahu bagaimana menunjukkan kesakitan sebaliknya hanya boleh dikesan oleh ibu bapa mereka.

Paling menggerunkan, hampir setiap orang termasuk mereka yang sihat berisiko menghidapinya kerana bakteria ini mudah tersebar melalui udara apatah lagi mudah hadir dalam persekitaran sesak. Oleh itu, bagi mengelak dijangkiti, seseorang individu mestilah dilindungi dengan suntikan vaksin bagi membina antibodi yang kukuh, katanya.

Mengulas lanjut, katanya, malah meningitis meningokokal boleh menyebabkan kerosakan otak yang teruk dan mengakibatkan kematian jika ia tidak dirawat segera. Walaupun penyakit didiagnosis awal dan rawatan sepatutnya sudah dimulakan.

24 jam kitaran maut

Penyakit ini mudah untuk dijangkiti kerana bakteria boleh tersebar melalui udara atau sentuhan secara langsung dengan penghidapnya. Meningitis mudah berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Melalui salur pernafasan ia memasuki saluran darah dan akan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan akan terus ke otak seterusnya akan menyebabkan berlakunya meningitis.

Tempoh pengeraman bakteria ini secara puratanya selama empat hari tetapi boleh berkisar antara dua hingga 10 hari. Oleh itu, gunakan masa yang ada dengan menjalankan rawatan dan diagnosis.

Penyakit ini boleh membawa maut hanya dalam masa 24 jam. Namun begitu, dalam masa enam jam pertama, gejala awal penyakit ini tidak begitu spesifik cuma akan mengalami demam, muntah, hilang selera makan, kurang penyusuan (bagi bayi), sakit kepala, sakit tekak dan gelisah atau cepat marah.

Gejala awal itu agak sukar untuk mengesan penyakit ini kerana tandanya hampir sama dengan penyakit lain.

Selepas 13 hingga 15 jam akan berlaku ruam berdarah, sakit leher dan rasa tegang. Situasi itu dipanggil gejala klasik.

Jika dalam tempoh 16 hingga 22 jam pula ia digelar gejala lewat dan pada tahap itu mangsa menghampiri kepada maut yang sebelumnya boleh menyebabkan mangsa merasa amat gelisah dan koma. Dengan gejala tahap dilalui, dalam tempoh 24 jam ia boleh meragut nyawa insan tersayang seperti bayi kerana mereka tidak tahu cara meluahkan rasa tidak selesa atau sakit.

Pencegahan dengan vaksin

Justeru, peka terhadap kesihatan umum, Sanofi Pasteur Malaysia melancarkan Menactra yang dipercayai sesuai dan membantu menentang penyakit berbahaya ini. Vaksin itu boleh diambil oleh bayi berusia sembilan bulan ke atas.

Vaksin itu dikatakan berupaya menentang Meningokokal dan vaksin konjugat ini dihasilkan untuk mencegah penyakit terbabit di Malaysia.

Vaksin Menactra menawarkan perlindungan terhadap empat daripada lima kumpulan paling biasa bakteria yang menyebabkan jangkitan meningokokus seperti A, C, Y dan W-135 pada bayi sembilan hingga 55 tahun.

Ketua Vaksin Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Eric Mansion Sanofi Pasteur sudah menjadi perintis dan berpengalaman dalam pembangunan vaksin meningokokus lebih daripada empat dekat.

Syarikat kami adalah yang pertama memperkenalkan vaksin meningokokus yang menawarkan perlindungan terhadap kumpulan A dan C pada awal 1970. Kami berbangga untuk meneruskan legasi kami berada di barisan hadapan dalam pencegahan penyakit ini menerusi pelancaran Menactra di Malaysia, katanya. 

sumber:
berita harian  



Mama amni


SUSU tak nak keluar (PART 2) - masalah dan cara atasi


Jom kita tengok masalah satu persatu.

1.Susu tiada bila diperah sama ada menggunakan tangan atau pam susu 

Sebenarnya, jumlah susu yang dapat dipam tidak menggambarkan susu sebenar yang dapat badan kita hasilkan. Berapa oz susu yang boleh dikeluarkan dengan pam itu bergantung kepada keberkesanan pam tersebut, keadaan pam yang baik atau tidak, tisu payudara si ibu dan keselesaan semasa mengepam.

Setiap ibu mempunyai keupayaan yang berbeza untuk mengeluarkan susu badan. Ada orang susunya memang senang keluar, tak buat apa-apa pun terpancut2. Ada orang susunya tak semudah itu. Kerana itu ada ibu yang boleh survive dengan pam susu berharga RM10 tapi ada ibu yang memerlukan pam susu berharga beribu-ibu ringgit.

Sekiranya ibu menggunakan tangan, ia juga bergantung kepada sejauh mana kepakaran/skill si ibu dalam hands expressing.

Sekiranya susu yang dipam tidak banyak, kemungkinan ia bukan disebabkan oleh susu badan yang tidak banyak, sebaliknya masalah pam susu, kurang skill mengepam dan hal2 yang tidak berkaitan dengan susu badan kurang.

2. Payudara lembik 

Semasa di dalam pantang anak pertama, biasanya ibu mengalami bengkak susu yang ketara, namun ia semakin kurang apabila anak meningkat usia, dan adakalanya tidak mengalami bengkak susu setelah melahirkan anak berikutnya.

Ini adalah kerana semasa kali pertama menyusu, payudara masih dalam peringat ‘belajar mengenal waktu bayi menyusu’ jadi ia akan menghasilkan susu yang banyak bagi menampung keperluan bayi yang tidak tentu masa. Namun apabila bayi sudah ada waktu menyusu tersendiri, payudara dah belajar tentang rutin tersebut, dan ia tidak lagi full bloom sepanjang masa.Lebih2 lagi jika ibu bekerja, kerana kurangnya stimulasi pada waktu siang.

3. Ibu tidak mengalami ’susu bocor’ 

Sesetengah ibu sentiasa perlu memakai breastpad untuk menampung susu yang sentiasa keluar. Ada ibu yang susu tidak langsung meleleh. Ia tidak memberi makna susu ibu yang meleleh2 itu adalah mempunyai susu yang banyak sampai melimpah tak muat breast. Kebocoran ni disebabkan oleh tindakan otot pada puting susu. Setiap ibu mempunyai keupayaan otot yang berbeza, jadi tahap kebocoran juga tidak sama antara satu sama lain

4. Tidak mengalami engorgement atau bengkak susu

Bila ibu masih lagi menyusukan anaknya secara terus (direct feeding), kadangkala keupayaan menghisap si bayi dengan mudah mengosongkan payudara. Ini adalah petanda yang bagus kerana lebih banyak susu bakal dihasilkan. (DEMAND & SUPPLY)

5. Tidak mengalami let-down reflex

Let down reflex ialah bila puting tiba2 mengeluarkan susu, dan membuatkan si ibu berasa seperti dicucuk2 di bahagian payudaranya.
Tidak semua orang mengalaminya. Ada ibu mengalami reflex ini setiap kali teringatkan bayinya. Ada orang, tidak. Tapi ia tidak menunjukkan ibu yang tidak mengalami ejection reflex ini mempunyai masalah kekurangan susu.

Silap interpretasi ini menyebabkan ramai ibu yang terus menukar keputusan dari exclusive breastfeeding kepada pemberian susu formula, oleh kerana mereka tidak yakin bayi mendapat cukup susu dengan susu badan mereka.



CARA ATASI:

ü  Kerapkan meyusu bayi / pam
ü  Massage breast / tuam
ü  Makan makanan seimbang / ambil supplement
ü  Minum air secukupnya
ü  Berfikiran positif
ü  Memilih pam susu yang sesuai
- hospital grade, teknik yang betul – cepat dan berkesan.
- strategi – power pumping, pam waktu malam, tandem nursing.
ü  Skin to skin
ü  Offer both breast.




Mama amni